![]() |
![]() |
My Heart
My Bodyguard
Stay Connected
|
![]() ![]() I don't need a perfect relationship, I just need someone who won't give up on me.
awak, kenapa awak tak pernah penat tunggu saya ? awak tahu tak yang saya belum ready nak terima siapa-siapa sekarang nie ? dulu awak jugak yang lepaskan saya, awak jugak yang dah give up dengan hubungan kita and awak jugak yang ignore saya. sampaikan family awak pun tak sukakan saya. penat saya pertahankan hubungan kita selama tu, tapi senang-senang jer awak kata nak lepaskan saya masa tu. yer, saya mengaku saya salah sebab timbulkan rasa suka saya dekat si Amer tu. tapi awak tak tahu yang saya still sayangkan hubungan kita yang dah dua tahun tu. suka duka kita bersama, susah senang kita share berdua. takkan saya senang-senang nak lupa awak. saya perempuan awak, siapa yang buat saya rasa lebih dihargai dia lahh yang dapat tawan hati saya nie *perghh ayat :P tapi pernah ke awak tahu yang selama tu awak tak pernah hilang dari ingatan saya ? sometimes saya nak awak jadi macam Amer tu. tapi awak adalah awak, dan awak tak boleh jadi orang lainkan ? pernah ke saya komplen pasal awak selama hubungan kita ? tak pernah kan ? tu tandanya saya terima awak apa adanya. selama tu jugak saya cuba faham awak, dan bagi awak peluang untuk faham saya.
saya menangis untuk awak, tapi bukan awak yang pujuk saya masa tu. kenapa bukan awak ? sedangkan saya mengharapkan awak lahh orangnya. saya mengharapkan awak lahh orang yang akan selalu ada buat saya masa tu. saya tunggu awak cakap jangan tinggalkan awak lepas malam tu. tapi tak ada, awak gone macam tu jer. awak pergi mana ? kenapa awak tak pujuk saya masa tu ? awak ego. tapi awak tak pernah nak mengaku. saya tahu awak tak boleh terima kenyataan bila saya jauh dengan awak. saya tahu susah buat awak terima semua tu sebab selama hubungan kita saya sentiasa ada dengan awak. tapi awak kena faham, saya buat semua nie untuk masa depan saya. saya pun tak boleh nak go on bila awak jauh dengan saya. tapi selama saya kat sini tak pernah saya terfikir nak curang belakang awak. sedar tak awak yang syaitan tu sentiasa ada untuk rosakkan hubungan kita. pulak-pulak bila kita dah jauh macam nie. sampai satu masa hati saya pulak yang di uji. hati saya pulak yang lemah bila ada yang lebih care pasal saya berbanding awak selama saya kat sini.
memang salah saya sebab biarkan dia masuk dalam hati saya. tapi saya nie cuma manusia biasa awak. hati saya lemah bila ada yang lebih hargai saya berbanding awak. tapi awak tetap ada lagi dalam hati saya nie. dua tahun tu bukan masa yang singkat awak. selama tu jugak saya belajar jadi orang yang setia. sebab masa tu saya sanggup putuskan yang lain disebabkan awak. awak ingat lagi tak semua tu ? saya stop gamekan orang and cuba setia dengan awak. tapi bila saya dah setia, awak pulak yang game saya. awak pulak yang curang belakang saya. tapi tu semua masa mula-mula hubungan kita nak jadi makin serius kan ? sampai saya sanggup kena marah dengan family saya disebabkan ada hubungan dengan awak. ingat lagi tak awak pasal masalah awak dengan family saya masa tu ? bila ingat balik lawak pulak. hikhik :) orang yang family saya benci, at the end jadi orang yang paling saya sayang. kejamkan cinta nie ? dia buat kita jumpa tapi dia jugak yang pisahkan kita. saya sanggup buat apa saja asalkan family saya dapat terima awak masa tu. sampai lahh diorang dapat terima awak balik and hubungan kita jadi makin kuat lepas dapat restu diorang.
tapi sayang, awak tak dapat pertahankan hubungan kita bila saya jauh dari awak. awak makin abaikan saya bila saya kat sini. awak tak sayangkan saya dah erk masa tu ? kenapa awak sanggup biar saya sedih tiap malam disebabkan awak ? bila saya ada masalah, saya nak awak jadi tempat mengadu saya. bukan orang lain. tiap kali solat, tak pernah saya lupa nak doakan yang terbaik untuk hubungan kita. tak pernah henti doa saya untuk kita melainkan masa tu saya uzur and tak boleh nak solat. hikhik :DD memang awak bukan orang pertama yang pernah hadir dalam hidup saya. tapi bila saya jumpa awak, saya faham maksud cinta. lagipun cinta saya kat awak tak pernah ada sebab. and cinta tu tak perlukan sebab pun sebenarnya. bila dua hati dah mula sebati, memang susah nak dileraikan. kan awak ? sebab tu sampai sekarang awak dengan saya still berhubung. cuma saya belum ready nak terima siapa-siapa dalam hidup saya sekarang. saya tak nak dilukai and melukai. masih banyak yang saya perlu belajar untuk jadi sempurna buat awak. and selama tu jugak saya akan doakan awak dengan saya akan jumpa kesudahan cerita kita nie.
terima kasih sebab awak still tak give up nak dapatkan saya balik. insyaallah, one day Allah akan bagi petunjuk untuk awak dan saya. saya masih belajar untuk jadi mukmin yang beriman, anak yang soleh and insyaallah bakal makmum yang taat untuk awak kelak. mudah-mudahan nama awak yang terukir di LUH MAHFUZ buat saya. Amin ♥
![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment