cerita si KEDINGs ツ: rindu oh rindu

Entries About Shouts Linkies Follow D'Board



  • Hey You (!) EIRA Here. Big Welcome To My Lovely Page ◕‿◕ No New Entry, No Cry Okay ? Thanks, Kboii ◕‿-


My Heart

My Bodyguard

Stay Connected
rindu oh rindu

 hari nie airmata membasahi pipi. kenapa ? kerana rindu. rindu pada mereka yang tersayang. rindu pada wajah-wajah kesayangan hamba yang dah 2 bulan aku tak jumpa. seriously rasa rindu tu memang menyiksakan :/ hati nie, hati nie tersiksa sangat ! tunggu waktu tu berjalan dengan cepat sangatlah membebankan. tadi lepas OTP dengan abah, airmata dah start terkumpul dekat kelopak mata nie. then bila OTP dengan si jantung hati, hati gua betul-betul dah tak dapat nak sorok lagi rasa sedih nie. sedih bila terpaksa terpisah jauh dengan orang-orang yang kita sayang. sedih bila sakit kita kat sini, kita tanggung sorang-sorang. tak ada siapa yang dapat jaga kita macam dekat sana. dalam hati dah rasa give up nak move on dengan stay belajar dekat sini. tekanan, sakit, beban, semua membelengu benak fikiran. dengan subjek yang susah nak mati, dengan assignment yang lecturer bagi semua dalam satu masa, dengan nak study untuk testnya lagi. ahh ! stress k, stress ! -,- banyak betul dugaan bila naik sem nie. sampai nak balik rumah pun tak ada masa. rindu nie pun dah meronta-ronta mintak dilepaskan. tapi nak tak nak, terpaksa tunggu sampai habis final exam jugaklah baru dapat balik.

rasa nak meraung kuat-kuat bila dapat lepaskan rindu hanya melalui on call. tak sama macam kita lepaskan rindu bila face to face lah. serius tak sama langsung ! dapat dengar suara pun rindu tu masih tak hilang :'( tapi perjuangan mesti diteruskan. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan ? so rindu, tolong bertahan hanya untuk sebulan lagi boleh ? tolonglah kesian kat tuan punya badan nie. gua lemah bila kau meronta-ronta mintak dilepaskan. okay, harap kau faham erk rindu :D hikhik, kbyee !

0 Comments:


Post a Comment