cerita si KEDINGs ツ: serious talk !

Entries About Shouts Linkies Follow D'Board



  • Hey You (!) EIRA Here. Big Welcome To My Lovely Page ◕‿◕ No New Entry, No Cry Okay ? Thanks, Kboii ◕‿-


My Heart

My Bodyguard

Stay Connected
serious talk !

I can live without money, but seriously I cannot live without you sayang 
Ya Allah, kalau dia memang untukku, Kau jagakanlah dia. Sampaikanlah salam rinduku buatnya kerana aku tahu Engkau yang paling hampir dengannya.
kadang-kadang saya tertanya-tanya.  kenapa awak masih sayangkan saya even beribu kali saya sakitkan hati awak ?  kenapa ?  kenapa ?  dan kenapa ?  dan ini jawapan yang saya dapat daripada awak 'sebab Allah nak saya sabar dengan awak.'  hati saya luluh bila dengar jawapan spontan daripada awak.  MasyaAllah, kejamnya saya dulu sebab dah dibutakan dengan tipu helah orang yang nak menghancurkan hubungan kita.  kejamnya saya buat awak menitiskan air mata disebabkan saya.  saya hanyut dibuai kasih seorang pendusta, saya hanyut dengan kata-kata manis lelaki yang "CARING" kononnya.  memang saya patut dapat balasan sepertimana yang awak rasa sebenarnya.  tapi awak sentiasa berada disamping saya tatkala saya jatuh.  tak dapat saya gambarkan perasaan saya tentang awak.  awak almost to be perfect sayang !  beruntungnya saya kenal awak, beruntungnya saya dapat kasih sayang daripada awak.  tak ada lelaki lain yang dapat bersabar dengan sikap saya, kecuali awak.  saya mencintai awak sekarang lebih daripada yang pernah saya buat dulu.  tak ada apa yang berubah dan tak ada siapa yang boleh ganti tempat awak dah.  saya mungkin fikir yang saya tak layak untuk awak selama nie, tapi saya sedar yang saya sangat memerlukan awak.  saya tak boleh jadi orang yang kuat tanpa awak, saya tak boleh jadi orang yang sabar tanpa awak, dan saya tak boleh didik hati saya jadi seorang yang setia tanpa cinta awak.

pernah awak bagitahu saya dulu, 'kalau nak cari pasangan, uji dia dengan buat dia marah. kalau dia tak boleh bersabar dengan awak, jauhi dia.'  itu yang awak pernah bagitahu saya dulu kan ?  saya tak rasa saya boleh bersabar bila awak buat saya marah, tapi kenapa awak masih boleh bersabar dengan saya bila saya marah ?  awak baik sangat keding.  saya tak dapat nak buat macam yang awak buat untuk saya nie.  saya betul-betul rasa yang saya tak layak untuk awak.  tapi awak tak pernah mengeluh sikit pun dengan sikap saya.  setiap hari awak layan kerenah saya dengan sabar, tiap hari jugak awak cuba ajar saya jadi seorang yang sabar.  awak, awak tahu tak yang saya sayang sangat dekat awak ?  awak tahu tak setiap hari saya cuba nak buang ego dan sikap keras kepala saya tu jauh-jauh sebenarnya ?  tapi saya tak mampu awak :/  I am really sorry.  saya tak boleh nak jadi orang yang sabar.  saya tak pernah berniat nak sakitkan hati awak.  tapi ego saya yang selalu jadi raja dalam diri saya.  saya tak pernah berhenti mencuba, cuma kadang-kadang ego tu melawan tahap kesabaran saya.  saya perlukan awak.  cuma awak yang mampu bersabar melayan kerenah saya.  awak tempat saya mengadu, awak tempat saya bermanja dan awak jugak selalu jadi tempat untuk saya melepaskan marah.  sorry awak.  cuma kadang-kadang saya tak dapat nak kawal perasaan saya.  tapi jauh dalam sudut hati, tak pernah terdetik saya nak marah awak.

setiap hari awak luangkan masa dengan saya.  dan tiap hari jugak awak terpaksa bersabar dengan saya.  merajuk ? memang hobi saya.  hikhik :D hampir setiap hari saya merajuk dengan awak.  tapi see, sikit pun awak tak pernah merungut dengan sikap saya.  hidup saya sunyi bila awak tak ada. terpisah jauh dengan awak pun dah buatkan saya hilang arah tujuan.  tak dapat saya bayangkan kalau-kalau one day awak dah tak tahan dengan saya dan tinggalkan saya *mohon jangan :/  saya takut kalau awak dah tak dapat nak bersabar dengan saya.  saya takut kalau memang itu yang jadi nanti.  jodoh ?  memang rahsia Allah.  tapi saya mengharapkan memang awak yang dah ditakdirkan buat saya.  tolong jaga hati awak untuk saya.  saya janji akan jaga hati saya untuk awak. kesilapan yang dulu tak akan saya ulangi semula.  awak milik saya, dan saya milik awak.  tolong jangan berhenti untuk bersabar dengan sikap saya :/  saya ada mata, tapi tak selalu boleh tengok awak. saya ada tangan, tapi tak selalu boleh jaga awak.  tapi saya ada hati yang akan saya selalu jaga hanya untuk mencintai awak I LOVE YOU, kbyee !


0 Comments:


Post a Comment