cerita si KEDINGs ツ: Asam Garam Percintaan

Entries About Shouts Linkies Follow D'Board



  • Hey You (!) EIRA Here. Big Welcome To My Lovely Page ◕‿◕ No New Entry, No Cry Okay ? Thanks, Kboii ◕‿-


My Heart

My Bodyguard

Stay Connected
Asam Garam Percintaan

tatkala hening pagi mula berbisik, mata semakin rancak memandang sekeliling. fikiran mula melayang jauh nun ke New York, dan jari jemari mula memainkan peranan sebagai anggota yang agresif dan hyper-active *ayat bajet dalam novel. hahaa :DD okay, okay. back to the main title. apa yang dimaksudkan dengan asam garam percintaan ? kadang-kadang pahit dan kadang-kadang manis. macam gula-gula sweet and sour pun ada *eceh. eh, memang adat lah kan kalau bercinta tu bergaduh, merajuk, susah nak memahami isi hati masing-masing dan yang sewaktu dengannya. kalau tak ada semua tu bukan bercinta lah namanya. even orang yang dah nikah pun still ada segala sifat tu, nie kan pulak orang yang tengah hot bercinta :D dugaan selalu datang bila dua jiwa mulai terpisah jauh. mana tidaknya, seorang gigih belajar di utara dan seorang lagi setia menanti nun jauh di pantai timur. kadang-kadang fikiran mula meliar memikirkan perkara yang tak sepatutnya difikirkan. dan terkadang hati jugak mula rancak berbicara tentang perasaan si dia pada kita. ouh hati, please be nice to me. jangan lah suka sangat berprasangka buruk pada si jantung hati *aduduuu :P

tapi, kenapa semakin hari aku terasa diri ini mula diabaikan ? maybe semuanya mainan perasaan. aku cuba untuk memahami dan beri peluang untuk si dia memahami. tapi makin ingin memahami, makin aku hilang persefahaman dengan dia. aduh, susah betul nak jaga sekeping hati yang sifatnya lembut seperti empunya badan *haktuihh :DD give up ? memang ada. tapi perasaan tu cuma muncul saat air mata menemani saban malam dan hari. alhamdulillah, ego tu semakin berkurangan dan aku cuba untuk menjadi seorang yang matured daripada biasa. hikhik :P aku tak nak buat kesilapan yang sama dua kali. cukup lah sekali aku menyakiti dan disakiti. dalam hubungan mesti kena ada kepercayaan kan ? dan aku meletakkan 100% kepercayaan aku pada si dia. cukup lah agenda si mulut busuk yang seringkali memfitnah hubungan kami. ini hubungan kami, dan biar kami yang selesaikan segala masalah yang ada dalam hubungan yang sudah 2 dekad lebih kami semai nie. mohon jangan ada lagi manusia yang berhati busuk cuba untuk merosakkan hubungan nie dan cuba untuk mencuri hati salah seorang daripada kami.

hati yang sedih hanya boleh dirawat dengan pujukan insan yang tersayang. bukan dengan rayuan gombal si sweet talker yang hanya pandai mencuri hati dan akhirnya membiarkan ia sakit bak ditusuk duri sembilu *jiwang karat :D memang sedih bila orang yang kita sayang mengabaikan kita, tapi lebih sedih kalau ianya musnah tanpa diduga. aku bahagia dengan hubungan yang kadang-kadang suka dan kadang-kadang duka nie. tak ada istilah bosan dalam hubungan kami. apa yang dia buat dah cukup membahagiakan aku. dan aku tak perlukan orang lain selain dia dan family tercinta untuk membahagiakan aku. cuma aku mengharapkan dia dapat faham aku seperti mana aku cuba untuk memahami dia. apa yang pasti aku cukup bahagia dengan sifatnya yang sukar untuk aku gambarkan. sikapnya tak lari seperti air yang tenang, manakala aku pulak seperti api yang sedang marak. dia sentiasa ada untuk menenangkan, dan aku sentiasa kalah dengan sifatnya yang penyayang dan penyabar. aku bersyukur dengan perasaan cinta yang diberikan kepada aku. dan aku rasa berdosa kerana pernah mengabaikan cinta aku pada satu masa dahulu. alhamdulillah, aku tersedar daripada buaian cinta palsu. dan alhamdulillah, insan yang tak pernah jemu menunggu sedia untuk menerima kembali cintaku.

inilah yang dikatakan "Asam Garam Percintaan". tanpa dugaan, tak bererti sebuah ikatan. dan tanpa gangguan dalam perhubungan, tiada kesilapan akan dilakukan. kesilapan mengajar kita untuk menjadi orang yang lebih matang dan dewasa. apa yang penting, ianya mengajar kita untuk lebih berhati-hati mempercayai orang disekeliling kita. lebih-lebih lagi dalam soal hati. sekali terguris bukan senang untuk diubati, dan sekali bahagia tak mungkin akan dilepaskan begitu sahaja. aku mengharapkan hubungan aku dengan Mohamad Izwan bin Mohamed Nordin akan kekal bahagia hingga ke alam pernikahan. biarlah dia yang ditakdirkan buat aku, dan biarlah cinta kami setia hingga ke hujung nyawa. tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menggambarkan betapa bahagianya aku dengan cinta dia, dan betapa beruntungnya aku mendapat cintanya. suka duka dalam hubungan menjadikan aku lebih dewasa dan mendalami maksud cinta. pastinya aku akan sentiasa cuba untuk menjadi yang lebih baik untuknya hari demi hari. sekian, selamat malam. eh, selamat pagi ;) kbyee

0 Comments:


Post a Comment